Wednesday, 28 February 2018

Boria Omara di mana mana



Boria Omara di mana-mana
Lagu rancak meriahkan suasana
Kostum pula beranika warna
Martabatkan seni semoga sempurna

Thursday, 4 January 2018

Boria Omara di Festival Boria 2017 Cuti Cuti Malaysia

Persembahan Boria Omara dalam Festival Boria 2017 di Pesta Pulau Pinang 2017. Tajuk - Cuti Cuti Malaysia. Rangkap Karangan oleh Omar Hashim Omara. Tukang Karang - Nazreen, Sketsa - Omara, Yusof Hashim, Sharifah Juairiah dan Abu Bakar Kasim. Lagu ciptaan dan gubahan Zulkipli Omar. Muzik Zulkipli Omar. Sailor - Kumpulan sailor Boria Omara. Idea geraktari dan jurulatih oleh Nur Syafiqah Hanim.

Wednesday, 13 September 2017

BORIA OMARA bersama Unit Pelancongan Seni Dan Warisan MPSP.

Terima kasih Unit Pelancongan Seni Dan Warisan Majlis Perbandaran Seberang Perai kerana poster yang cantik ini. Selamat Maju Jaya MPSP dari kami Boria Omara.

Monday, 11 September 2017

Omara Pakai Kostum Boria dalam Telefilem NORA BAM BOOM


 Omara berlakon Telefilem NORA BAM BOOM terbitan Tv2 RTM arahan Khalid Sulaiman Fdam dengan memakai kostum boria.

Kesemua pengambaran telefilem ini dibuat di Lembah Kelang dan Selangor.

Dua orang sailor / ahli Boria Omara iaitu Gg (Nazirah) dan Nur Syafiqah Hanim turut juga berlakon.

Antara pelakon utama dalam telefilem ini ialah Diana Danielle, Dato' Ahmad Tamimi Siregar juga Nor Azifah Abidin.

Saturday, 15 July 2017

PERSEMBAHAN BORIA OMARA DI GEORGE TOWN HERITAGE CELEBRATION 2017



MAJLIS PERASMIAN GEORGE TOWN HERITAGE CELEBRATION 2017 dan MAI MAIN BORIA menampilkan 3 persembahan dari Kumpulan Boria Omara. 1. Boria Kisah Ali Baba Bujang Lapok. 2. Boria kisah Melancong ke Pulau Pinang 3. Boria kisah Labu Labi.